Jumaat, 14 September 2012

Keluarga Besar Onyang Ismail dan Onyang Maamor.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya pada hari ini kami dapat berkumpul pada Majlis pernikahan Ayin dan Mizan.


Isnin, 13 Ogos 2012

Nyam nyam.. Sy mkn french fries..


Amboi anak babah ni.. Dengan penuh semangat boboy makan french fries.. Umpan nak bagi duduk diam.. Kalau tidak abeh satu floor KFC ni dirondanya..

Selasa, 28 Jun 2011

Hariz At-Tirmizi


As Salam buat semuo.. Bilo ditatap wajah suci anak ese ni, ilang segalo ponek bekojo.. Walaupun jauh berulang dari Masjid Tanah ke Putrajaya, ese totap sanggup buek apo sajo untuk famili ese. Apolah sangat jauh tu, tak terbanding dongan anugerah dan amanah yang Allah kurniakan kek ese. Post ringkas dari ese.

Rabu, 18 Mei 2011

Buat yang bergelar IBU dan AYAH

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan... setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Isnin, 9 Mei 2011

Rindu amek amek kek arwah mummy... (Rintihan Adinda Ku Awang)

Mummy…
Awang pun tak tau la apo yg awang buek ni botul ko tak . Ado skali maghin adik ado post kek inbox facebook kitorang adik beradik. Orang tu tulih sughat kek omak eh. Tapi camno lak nak anta yo tak… Tapi takpolah mummy. Awang buek jo la untuk pueh an ati awang dan lopeh an ghindu awang kek mummy..

Mummy,
Awang tau awang jahat. Selalu susahkan mummy. Tingkatan duo laie awang dah meghokok. Awang ponteng kelas, laghi balik ghumah lopeh tu bawak keto keluar. Awang pau duit budak sekolah walaupun mummy da bagi awang duit belanjo, awang bergaduh kek sekolah Awang tak buek kojo ghumah, Awang tak baco buku, awang tak donga cakap mummy dan macam-macam laie awang dah buek. Tapi….
Mummy tak ponah ghotan awang, tak ponah maghah awang iyo2 bona, mummy tak ponah bia an awang tak makan. Cukup dah mummy ajar awang sebona eh.

Mummy,
Awang tau spm awang takkan bagus samo macam angah, samo macam kak teh ngan kak cik sumo. Awang tau awang maleh belaja, tapi sebona eh awang nekad nk ubah peghangai. Sobab tu result spm tak kua lg awang da mulo nak caghik kojo. Awang pueh ati bilo gaji pertamo awang dapek gak mummy ghaso walaupun 10 inggit. Awang ingat lagi waktu tu mummy ngan abah nak balik pilah sbb da dokek ghayo aji. Mummy kelua ghumah lopeh tu mummy tengok ghumah daghi lua….mummy cakap kek abah ‘takut lopeh ni tak bulih tengok umah lagi’…

Mummy,
Seingat awang last kito bughak2 time ghayo aji la kan. Time tu mummy duduk yo kek topi tingkap tu. Mummy x nmpk mcm org sakit pun. Awang tak nak balik somban sebona eh tapi awang kono kojo. Sampai la satu pagi tu angah tipon awang koba mummy masuk spital. Awang ingat mummy takdo papo pun. Sampai la awang tengok mummy kek spital esok tu. Awang tepeghanjat tgk banyak bona wayar kek mummy. Mummy lak makin kughuih nampak eh padahal baghu seminggu awang tak jumpo mummy. Waktu kak teh ngan uwan ajak awang poie makan awang toghuih nangih tapi kak teh ngan uwan koba mummy takdo papo. Jauh kek sudut hati awang ni yakin yg mummy akan elok mcm sedio kalo.

Mummy,
Awang ingat lagi aghi yang memisahkan kito selamo-lamo eh. Tongah aghi tu awang ngan acak poie tengok mummy kek spital. Mummy dah tak banyak cakap waktu tu. Yang awang ingat mummy koba kek awang, jangan pukul adik, jangan pukul oghang…
Balik tang pilah awang toghuih tido sobab malam tu awang kojo. Tapi dalam pukul 6.30 awang bangun tido tengok adik tongah nangih. Adik koba angah tipon ckp mummy sakit bona. Awang pun tak tau apo yg awang pikir an. Lopeh tu angah tipon laie, awang angkek angah koba tak payah poie kojo. Angah suh awang balik sobab mummy da sakit bona. Bilo dak acak sampai awang koba kek dio awang tak poie kojo. Lopeh tu awang posan kek dio suh dio koba kek abang yg awang ajak poie pilah tgk mummy. Tak sampai 10 minit tibo2 awang donga adik dah meghaung kek dalam bilik. Bilo dio kua tang bilik dio toghuih poluk awang koba mummy dah takdo….

Mummy,
Bilo adik koba macam tu awang macam tak pecayo pun ado, macam mimpi pun ado. Sodar2 jo awang dah boda almari kek dopan tu. Awang pun tak tau nak maghah kek sapo. Awang tak tau la nak nangih ko tak sobab selagi mumy tak ado dopan mato awang selagi tu awang ghaso mummy idup laie. Tapi last skali awang nangih gak. Tambah2 bilo angah da sampai umah somban. Lagi awang sodih bilo abah sampai umah somban. Abah tak kua daghi keto time tu. Abah tengok kengkawan awang da ghamai kek dopan umah dan abah dah dapek agak yang mummy dah tinggalkan abah dan kitorang sumo.

Mummy,
On the way nak balik pilah tu awang ghaso macam ateh angin jo. Ghaso macam tak sedio lagi nak hadapi sumo ni. Macam2 bondo awang pikir an sampai tahap awang pikir kok ado doraemon kan best. Bulih suh doraemon ni putar an maso balik……..

Mummy,
Waktu sampai kek umah uwan tu awang dah tak Nampak oghang lain dah. Mato awang trus terpandang kek jenazah mummy.. Saat tu baghu la awang soda yang mummy botul2 dah meningga. Tuhan jo yang tau apo yg awang ghaso. Ghaso macam nak joghit kek tuhan suh pulangkan mummy balik, tapi apolah dayo awang. Tuhan lobih sayangkan mummy. Tak dapek awang nak gambar an sepanjang awang bersamo jenazah mummy. Awang dah tak Nampak apo dah waktu tu. Yang awang tau time tu awang tak putuih2 doa bia mummy idup balik tapi sumo eh sio2 jo. Mummy totap kaku kek ateh tilam tu.

Mummy,
Aghi ni dah gonap 10 tahun mummy poie tapi ghaso mcm baghu semalam awang cium pipi mummy. Anak cucu mummy dah bosa2 da sumo eh. Anak2 mummy pun dah bekojo sumo eh bia pun tak kayo tapi awang yakin anak2 mummy bahgia sobab mummy ajar kitorang dengan kesederhanaan dan kasih sayang. Tapi, apo yang pasti anak2 mummy ghindu amek2 kek mummy……………………..

Mummy,
Singkat amik maso awang ngan mummy. Payah eh ghaso bilo takdo omak. Kek sapo awang nak ngadu bilo awang domam? Kek sapo awang nak cito bilo awang dapek sesuatu yang membanggokan? Kek sapo awang nak ngadu bilo bini awang masak tapi tak samo macam mummy pnyo gulai? Apo awang nak cakap kek kila bilo dio tanyo uwan eh mano? Tangan sapo awang nak cium waktu pagi ghayo? Awang tak pueh ghaso ado omak laie, tapi awang redho mummy poie. Awang ghindu kek mummy, awang sayang kek mummy, awang ghindu family awang yg dulu….:….(

Timo kasih mummy,
Sobab didik kitorang ngan kasih sayang yg membuekkan kitorg rapat sampai ke bosa…
Sobab didik kitorang ngan agamo yg membuekkan kitorg x lari jauh dari landasan Islam…
Sobab didik kitorang dgn sempurna yg membuekkan kitorg sumo jadi org, jadi laki/bini org dan jadi abah/omak org….

“Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapa kami, seperti mana mereka memelihara kami di waktu kecil”……..
Al-Fatihah buat Mummy tercinta Allahyarhamah Idah Binti Ismail

Isnin, 20 September 2010

Umah Uwan


Tompek jatuh jagi di konang.. Maso kocik-kocik dulu, ese ngan famili tinggal kek sini la.. Ghumah uwan ni kek Kg. Parit, Kuala Pilah.. Dulu ghumah cukup meriah. Yang ado kek ghumah ni tinggal uwan, pak chek ngan pak su ajo.. Xpo, dulu maso kocik-kocik dulu.., ghumah ni moghiah sobab cucu-cucu uwan tapi sekarang ni cicit-cicit uwan yang menguasai kemoghiahan tu.. Terlalu banyak konangan kek umah ni.. Suko duko, pahit manih.. Kadang-kadang bilo konangkan maso dulu-dulu, senyum sorang-sorang di buek ey, kadang-kadang mengalir air mato.. Ontahlah.. Skang ni pun ghaso sobak ni bilo konangkan sumo tu..